Categories
SELANGOR

MB: ‘Beliau banyak mengajar dan menasihati saya’

SHAH ALAM: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai sebagai ‘gurunya’.

azminiMenerusi twitter, beliau selain menyampaikan ucapan takziah, menganggap bekas Menteri Besar Kelantan itu banyak memberi bimbingan.

“Beliau banyak mengajar dan menasihati saya. Al-fatihah kepada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz #throwback #2013,” tulisnya.

Selain Mohamed Azmin, beberapa Exco Selangor antaranya Amiruddin Shari dan Dr Daroyah Alwi turut ke Kelantan bagi memberi penghormatan terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published.