Categories
SELANGOR

MB bergegas ke Kelantan hadiri pengebumian Tuan Guru Nik Aziz

SHAH ALAM 13 FEB: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali bergegas ke Kota Bahru, Kelantan malam semalam sebaik sahaja mengetahui pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau akan memberi penghormatan terakhir pada majlis pengebumian selepas solat jenazah di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, sekitar jam 10 pagi ini.

“Semoga Almarhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan husnul khatimah dan ruhnya ditempatkan di dalam syurga,” katanya melalui twitter, malam tadi.

azmin1Mungkin terusik dengan pemergian ulama tersohor itu, Mohamed Azmin turut memuat naik gambar kenangan mereka ketika di Mekah tahun lalu melalui akaun instagramnya.

Selangor Kini turut bersedih atas pemergiannya dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.