Categories
SELANGOR

MB: Projek Datum Jelatek terus, tolak bantahan ektremis

Oleh : NAZLI IBRAHIM

AMPANG 6 FEB: Projek Datum Jelatek diteruskan dengan kerajaan negeri tidak akan melayan bantahan bersifat perkauman dan ekstremisme.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata protes ditunjukkan kumpulan penduduk terhadap pembinaan kondominium mewah itu didalangi kumpulan pendesak Melayu bagi mencetuskan ketegangan kaum.

Datum Jelatek“Sentimen kaum yang sempit dimainkan Umno dan Perkasa (dalam isu projek Datum Jelatek).

“Saya tidak akan bertolak ansur dan akan memberikan mesej kepada rakyat Selangor dan Malaysia, tidak ada perkauman, ekstremisme dan fanatik,” katanya pada sidang media di Hotel Flamingo, Ampang hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedia menerima bantahan tetapi tidak akan melayan sebarang bantahan berbau perkauman.

Mohamed Azmin berkata, beliau bertemu dengan semua pihak jika ada bantahan, tetapi bantahan itu mesti tidak bersifat perkauman.

Youth Gathering Flamingo Hotel-MB (9)“Jangan main sentimen kaum dan agama kerana ia tidak akan membawa kepada pembangunan,” katanya.

Katanya, beliau sudah beberapa kali bertemu penduduk setempat, termasuk wakil penduduk serta masjid dan surau, bagi membincangkan projek itu.

Mohamed Azmin berkata, keutamaannya membina perumahan rakyat yang memerlukannya dan akan mempertahankan pembangunan bagi rakyat.

Sebelum itu ketika merasmikan penutupan International Youth Gathering ke-12 yang dihadiri 16 negara itu, Mohamed Azmin berkata pihak yang sengaja menggunakan nama Islam di sebalik pelbagai kegiatan sonsang yang akhirnya memberi kesan buruk terhadap imej Islam di mata masyarakat dunia sebagai pengkhianat kepada agama Islam.

Perhimpunan Belia Antarabangsa kali ke-12 itu dihadiri belia dari Turki, Lubnan, Mesir, Somalia, Sudan, Syria, Palestin, Libya, Sri Lanka, Cambodia, Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Brunei, Singapura dan Malaysia.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.