Categories
SELANGOR

MB: Tingkat pemantauan elak sungai tercemar ganggu bekalan air

Oleh: AFIX REDZUAN

TANJONG KARANG 27 FEB: Kerajaan Negeri meningkatkan penguatkuasaan bagi mengelakkan sebarang pencemaran yang boleh mengganggu bekalan air bersih sehingga mengakibatkan loji rawatan air ditutup.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana sebelum ini berlakunya tumpahan minyak dan sisa ammonia sehingga mengakibatkan loji rawatan air terpaksa ditutup bagi tempoh panjang.

Azmin AirMenyentuh soal keraguaan penggunaan air lombong sebagai sumber alternatif Mohamed Azmin menjelaskan, hasil kajian pakar mendapati air berkenaan selamat untuk digunakan selepas melalui proses yang ditetapkan di loji rawatan.

“Loji rawatan yang kita ada sekarang mempunyai kapasiti untuk merawat jenis air berkenaan.

“Itu sebagai bekalan tambahan. Setakat ini kalau air sungai mencukupi dan kalau tidak cukup kita ada empangan yang akan dilepaskan ke dalam sungai untuk dimasukkan ke dalam loji rawatan.

“Itu pilihan yang sedia ada sebagai tambahan. Kita juga sedang dalam proses menyiapkan projek Horas 600 yang dijangka siap pada September 2015,” kata Mohamed Azmin.

Mohamed Azmin berkata cadangan pembenihan awan juga akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut dan Kerajaan Negeri sedia memberikan kerjasama terhadap Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan pengguna dan rakyat.

“Kita tiada masalah kerana kalau Kerajaan Pusat dan kementerian belum bercadang membuat pembenihan awan, Kerajaan Negeri telah melakukannya sebelum ini.

“Kalau ada keperluan untuk meneruskan program ini, kita akan lakukan kerana kita tidak mahu terputus bekalan air bersih kepada pengguna,” kata beliau.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.