Categories
SELANGOR

MPK diminta pantau masalah jalan berbahaya di Taman Intan Jaya

KLANG 2 FEB: Majlis Perbandaran Klang diminta memantau masalah jalan berbahaya di Taman Intan Jaya yang menyebabkan berlakunya kemalangan maut.

Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi berkata perkara itu perlu diberikan perhatian serius kerana banyak kenderaan berat terutama lori yang melalui Jalan Raja Nala sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

10462627_10203676714938772_7005148702168228925_nBeliau berkata demikian ketika turun padang bersama MPK selepas menerima aduan daripada persatuan penduduk berkenaan masalah itu.

“Masalah berlaku berpunca dari banyaknya kenderaan berat terutamanya lori yang dibawa masuk ke dalam taman (parking) yang telah menyebabkan satu kemalangan maut melibatkan seorang kanak-kanak hujung minggu lalu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.