Categories
SELANGOR

Nik Nazmi ditahan polis, dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang

SHAH ALAM 22 FEB: Ketua AMK Malaysia, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan polis di rumahnya di Denai Alam pada malam ini.

Polis juga merampas komputer riba dan telefon bimbit milik Nik Nazmi yang juga merupakan Adun Seri Setia dan Exco Pendidikan SelangorĀ itu.

tangkap nikPengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin ditwitter menyatakan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis IPD Dang Wangi manakala isteri dan anaknya mengikut dalam kereta lain.

“Apabila regim UMNO/BN kalah hujah, gagal tadbir negara, mereka tangkap pemimpin Pakatan,” tulis Tze Tzin.

Dimaklumkan Nik Nazmi dibawa ke Balai Polis Lokap Berpusat Jinjang.

Beliau dibebaskan pada jam 2.00 pagi selepas diambil keterangan oleh polis.

Semalam, Ahli MPP PKR Fariz Musa dan aktivis, Adam Adli ditahan sewaktu menghadiri perhimpunan ‘Kita Lawan’ di hadapan Pusat Beli-belah Sogo di ibu negara.

NIK NAZMI

 

 

 

 

 

 

 

tangkap nik4

 

B-dZq-nCUAAmZe9

Leave a Reply

Your email address will not be published.