Categories
KENYATAAN MEDIA

Nurul Nuha: “March to Freedom” adalah kesinambungan perjuangan ini

Oleh: NURUL NUHA ANWAR

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.

Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Semalam merupakan sebuah hari yang penuh dengan ujian. Harapan kami untuk tertegaknya keadilan musnah sama sekali.

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (1)Setelah 17 tahun bergelumang dengan tekanan, fitnah, gangguan-gangguan dan penganiayaan berakhir dengan sebuah lagi hukuman penjara.

Serangan demi serangan dilakukan untuk menamatkan karier politik ayahanda yang kami cintai. Penganiayaan jahat seperti ini ke atas ayahanda kami tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita ini.

Dalam tempoh 17 tahun yang lepas, Ayahanda kami, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kesungguhan serta erti keberanian, perjuangan, sifat belas kasihan dan yang paling utama, erti kasih sayang. Dialah contoh yang terbaik seorang yang berjuang menongkah arus melawan kezaliman.

Nilai-nilai ini akan kekal bersama kami sehingga ke akhir hayat. Sebagai anak-anak, kami perlu mengambil alih, dan meneruskan perjuangan, harapan serta cita-cita ayahanda kami.

PC Nuha Ibrahim March of Freedom (11)Tujuh belas tahun yang lepas merupakan sebuah tempoh yang lama. Kita tidak tahu berapa lama lagikah perjuangan ini akan berterusan, tetapi kami akan bersama-sama dengan ayahanda kami sehingga nyawa berada di hujung badan.

Kami berharap sokongan daripada rakyat Malaysia akan terus berkembang dalam perjuangan menuntut sebuah Malaysia yang adil bagi rakyat.

Saya ingin mengakhirkan kenyataan ini dengan petikan daripada kenyataan bapa saya;

“Perjalanan ke penjara ini, saya anggap sebagai pengorbanan untuk rakyat Malaysia. Saya telah berjuang seumur hidup untuk rakyat – dan untuk rakyatlah saya sanggup untuk dipenjara atau akibat-akibat lain.

Perjuangan ini akan diteruskan, dimana jua saya dihantar dan apa jua yang dilakukan kepada saya.”

“March to Freedom” adalah kesinambungan perjuangan ini. Perjuangan untuk membebaskan ayahanda kami, dan memberi suara kepada rakyat yang menghadapi kezaliman di Malaysia.

Marilah bersama kami dalam perjuangan ini – sama-sama kita hentikan kezaliman.

=========================

All praise to the All Mighty Allah, whose domain extends through the seven heavens.

All praise to the All Mighty Allah, whose domain extends through the seven heavens.

I am speaking on behalf of my family. We are humbled and touched by the outpour of support and solidarity from friends and supporters here in Malaysia and all over the world.

Yesterday was a long and testing day and one where we hoped justice would prevail. However the outcome has left us devastated. We are outraged. Seventeen years of relentless pressure, harassment and persecution culminated in yet another prison term.

No effort has been spared in attacking our father’s political career. The malicious persecution of a single individual is unprecedented in this country’s history.

Our father has shown us, especially in the last seventeen years true grit, perseverance, courage, integrity, compassion and above all, loves. He is what it means to stand up against all odds.

These core values will remain with us. As his chidlren we will take over his mantle and continue his struggle, hopes and ambition.

These seventeen years have been an emotional roller coaster. We do not know how long this struggle will continue but we will be with our father till the end. We hope that the wave of support will continue to grow as we march towards a just Malaysia for all Malaysians.

I end with an excerpt from my father’s statement:

“Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country.

I have fought most of my life on behalf of the people of this country – for the people I am willing to go to jail or face any other consequence. My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.

“March to Freedom” is that struggle. A struggle to free our father from unjust incarceration and give voice to Malaysians who have suffered injustice in our country.
We call everyone to join us in our effort – let the injustices end

NURUL NUHA ANWAR
11 FEBRUARI 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.