Categories
SELANGOR

Pelajar terbabit video Isis, Unisel enggan beri komen

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 FEB: Universiti Selangor (Unisel) enggan memberi kenyataan bercanggah yang boleh mengganggu siasatan polis ekoran penahanan seorang pelajarnya dalam kes video ‘Isis Malaysia’ yang mahu menyerang mahkamah menggunakan mercun.

Ketua Komunikasi Korporat, Hasril Abu Hassan dalam satu kenyataan berkata, Unisel sedia maklum berkenaan penahanan itu yang bertujuan membantu siasatan ekoran pelajar terbabit memuat naik poster ke dalam facebook.

Unisel GrafikKatanya, Unisel mendoakan pelajar berkenaan tidak bersalah dan dikecualikan daripada sebarang tindakan undang-undang.

“Untuk tidak mengganggu segala siasatan berhubung perkara berikut, universiti tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan bercanggah.

“Cukup hanya sekadar memahami keperluan itu dan berharap pelajar UNISEL serta Universiti Sains Malaysia (USM) dapat dilepaskan selepas siasatan selesai,” katanya dalam satu kenyataan media.

Perkembangan terbaru menunjukkan dua mahasiswa daripada Unisel dan USM ditahan pihak berkuasa dan dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.