Categories
SELANGOR

PKNS teliti bantahan penduduk SS7 Kelana Jaya pembangunan komersil

SHAH ALAM, 27 Feb: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) prihatin dengan bantahan Gerakan Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya (GSPR) ke atas perancangan pembangunan komersial di atas tapak padang PKNS SS7, Kelana Jaya.

pkns-usahawanPengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, berikutan bantahan yang disuarakan oleh GSPR melalui satu sesi sidang media yang diadakan pada 25 Februari lalu, PKNS mengambil maklum berhubung perkara tersebut dan akan membawa isu berkenaan ke peringkat Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Sebagai pemaju yang bertanggungjawab, kami akan sentiasa memastikan pembangunan yang dibangunkan adalah untuk kesejahteraan penduduk khususnya dan kepada rakyat Selangor amnya,” katanya dalam kenyataan media.

Leave a Reply

Your email address will not be published.