Categories
NASIONAL

PR adakan mesyuarat khas selepas 10 Februari

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bahawa perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik dan satu mesyuarat akan diadakan sejurus keputusan Mahkamah Persekutuan dibacakan, pada 10 Febuari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti dalam PR mengulangi tekad untuk terus bersama dalam perjuangan.

IMG_5764“Menjelang keputusan Fitnah 2 membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan perjuangan bersama dalam PR akan terus dipertahankan.

“Kami menegaskan perbicaraan ini bermotifkan politik. Majlis pimpinan bersetuju untuk bermesyuarat semula selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, pada 10 Febuari,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.

Katanya, tidak ada sebarang perbincangan yang dibuat bagi menggantikan Anwar jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.