Categories
AGENDA NASIONAL

Agong berangkat hadir hari kedua mesyuarat Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR, 10 MAC:  Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-258 di Istana Negara.

Mesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat kali ini berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 24 Nov dan 25 Nov 2021, yang dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut berangkat ke mesyuarat itu ialah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Selain itu, turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra.

Mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pada mesyuarat itu.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Premier.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

PKP: Mesyuarat bersemuka masih dilarang, patuhi SOP

KUALA LUMPUR, 26 JAN: Kerajaan sekali lagi menegaskan mesyuarat secara bersemuka adalah dilarang, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata larangan dan tatacara operasi piawai (SOP) itu terpakai kepada semua pihak, termasuk kementerian dan agensi kerajaan.

“Tiada siapa yang terkecuali dalam arahan atau peraturan ini dan tiada sebab ada (dalam) kalangan kementerian atau agensi untuk berbuat demikian.

“Kita tak mahu ada double standard (pilih kasih) dalam peraturan. Malah, sidang mesyuarat khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga dilaksanakan secara maya,” katanya pada sidang media perkembangan PKP, di Wisma Pertahanan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan terdapat agensi kerajaan dan organisasi lain yang mengadakan mesyuarat secara bersemuka dalam tempoh PKP ketika ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengingatkan semua pemilik premis perniagaan agar akur dengan senarai jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Jelasnya, senarai perniagaan atau perkhidmatan perlu serta rantaiannya telah dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti).

“Tak kira premis itu dalam pusat beli belah, hypermarket (pasar raya besar) atau tepi jalan sekalipun, SOP dan senarai terlarang tetap sama. Jika yang buka (bagi senarai telarang), ini (adalah) pelanggaran SOP dan tindakan boleh diambil,” katanya.

Mengenai aduan kelewatan bantuan disalurkan kepada keluarga yang terpaksa dikuarantin bersama ahli keluarga pesakit Covid-19, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kepada KKM untuk tindakan lanjut.

Beliau menyarankan agar individu terlibat segera melaporkan kepada KKM atau pejabat kesihatan daerah (PKD) untuk mendapatkan bantuan kesihatan, bagi bekalan makanan pula adalah di bawah tanggungjawab keluarga sendiri.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Menteri, individu sertai mesyuarat isu Covid-19 jalani saringan

SHAH ALAM, 5 OKT: Semua individu yang menghadiri mesyuarat khas Covid-19 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 3 Oktober sudah menjalani saringan, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kontak rapat turut dikenal pasti dan diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah selama 14 hari serta memakai gelang pengawasan.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan calitan bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

“Mereka yang bukan kontak rapat pula diminta memantau tahap kesihatan diri di rumah selama 14 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Susulan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil keputusan untuk menjalani kuarantin kendiri di kediamannya selama 14 hari selepas mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri Dr Zulkifli, kelmarin.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

PM pengerusi mesyuarat khas MKN bincang Covid-19

PUTRAJAYA, 3 OKT: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara berkenaan Covid-19 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Mesyuarat itu antaranya dihadiri oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob;  Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin serta menteri-menteri berkaitan.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Semalam, Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik itu di negara ini.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Sub-sektor pelancongan dibenar operasi 1 Julai

SHAH ALAM, 26 JUN: Sub-sektor pelancongan dibenarkan beroperasi semula pada 1 Julai ini bagi menggalakkan industri pelancongan domestik, kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sub-sektor meliputi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice), pelancongan dan pameran perdagangan termasuk rawatan kecantikan dan penjagaan diri serta pusat urut kaki atau refleksologi.

“Aktiviti sub-sektor Mice serta pelancongan dan pameran perdagangan, kita hanya membenarkan 250 orang pada satu-satu masa selain pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

“Penganjur perlu memastikan tatacara operasi piawai (SOP) antaranya pendaftaran, pemeriksaan suhu, kawalan keluar masuk pengunjung dan pematuhan penjarakan sosial,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata hanya pekerja warga tempatan dibenarkan bagi menjalankan operasi pusat rawatan kecantikan dan penjagaan diri serta urut kaki atau refleksologi.

“Mereka yang akan memulakan operasi mesti mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan perlu menjalani saringan Covid-19,” katanya.

Categories
AGENDA NASIONAL

Kerajaan benarkan anjur mesyuarat, seminar patuhi SOP

SHAH ALAM, 12 JUN: Kerajaan membenarkan penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan diadakan seperti biasa, namun perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), kata menteri kanan (kluster keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

“Bagaimanapun tatacara operasi piawai (SOP) mengenai perkara itu sedang diperhalusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya akan umumkan SOP tersebut (nanti),” katanya pada sidang media harian mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana pada 18 Mac lalu, kerajaan tidak membenarkan acara berkenaan dianjurkan bagi membendung penularan Covid-19.

Categories
AGENDA NASIONAL

Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini hanya urusan Titah Diraja

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Sidang Dewan Rakyat pada Isnin ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata beliau menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis bahawa pihak kerajaan memutuskan Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 yang akan berlangsung selama sehari itu, dipinda dengan urusan mesyuarat berkenaan.

Katanya, perkara itu adalah disebabkan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.

Menurut beliau Titah Diraja itu bermula pada 10 pagi dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.

“Tiada sidang selepas Titah Diraja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pindaan itu adalah selaras dengan Peraturan 11 (2) dan 15 (2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata Setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat akan mengeluarkan notis baru majlis persidangan Dewan Rakyat kepada semua ahli dewan.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

PR adakan mesyuarat khas selepas 10 Februari

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Pakatan Rakyat (PR) kekal dengan pendirian bahawa perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik dan satu mesyuarat akan diadakan sejurus keputusan Mahkamah Persekutuan dibacakan, pada 10 Febuari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ketiga-tiga parti dalam PR mengulangi tekad untuk terus bersama dalam perjuangan.

IMG_5764“Menjelang keputusan Fitnah 2 membabitkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, ketiga-tiga parti mengulangi tekad dan memberikan jaminan perjuangan bersama dalam PR akan terus dipertahankan.

“Kami menegaskan perbicaraan ini bermotifkan politik. Majlis pimpinan bersetuju untuk bermesyuarat semula selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, pada 10 Febuari,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat PAS, di sini, hari ini.

Katanya, tidak ada sebarang perbincangan yang dibuat bagi menggantikan Anwar jika keputusan mahkamah tidak berpihak kepadanya.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mesyuarat Pimpinan PR: Majoriti pemimpin tiba jam 2 petang

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Ibu Pejabat PAS bagi menghadiri Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang berlangsung petang ini.

Mereka tiba pada jam 1.55 petang sambil diiringi pengawal dan sempat melemparkan senyuman kepada media yang menunggu sejak jam 12 tengahari.

IMG_5762Ia kemudian disusuli Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta pimpinan DAP lain, pada jam 2.00 petang.

Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali tiba, pada jam 2.15 petang

Sebelum itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin tiba terlebih dahulu sekitar jam 1.45 petang.

Mesyuarat petang ini dijangka membincangkan pengukuhan PR selain beberapa isu sebelum keputusan Fitnah 2 terhadap Anwar, pada 10 Februari ini.

Kali terakhir PR bermesyuarat adalah pada Oktober lalu.

Categories
NASIONAL

Ahli PAS nyata solidariti teguh bersama Presiden

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Suasana di hadapan Pejabat Agung  PAS sedikit sesak apabila beberapa penyokong parti itu menyatakan solidariti teguh bersama Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut politik di Selangor.

photoDifahamkan mereka sudah berada di sana ejak jam 8.30 pagi.

Jawatankuasa PAS Pusat mula bermesyuarat sejak jam 10 pagi ini bagi membuat keputusan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Berita lanjut bakal menyusul…