Categories
NASIONAL

PR bincang hala tuju jika mahkamah putus Anwar bersalah

SHAH ALAM, 4 FEB: Satu mesyuarat membabitkan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berbangkit di dalam gabungan itu, pada 8 Februari ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR jika Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung sabitan kes Fitnah 2 membabitkan bekas pembantu peribadinya.

anwar“Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan),” katanya memetik laporan Bernama pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai, semalam.

Selain itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut bersetuju untuk menghadiri mesyuarat itu.

Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan, pada 10 Februari ini berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.