Categories
KENYATAAN MEDIA

Projek IPK Johor terbengkalai lonjak kos pembinaan 15 %

Keadilan Johor mengalu-alukan kenyataan Pengarah Jabatan Sumber Strategi dan Teknologi PDRM, Dato’ Zulklifi Bin Abdullah pada 12/2/2015 bahawa pembinaan IPK Johor di Johor Bahru yang telah terbengkalai lebih 1 ½ tahun dan sepatutnya siap pada bulan Julai 2013 akan bersambung semula dengan perlantikan kontraktor baru mulai pada 5/2/2015 dan dijangka kerja pembinaan akan disiap habis 18 bulan kemudian.

Kami sentiasa prihatin dan peka kepada isu bangunan IPK Johor terbengkalai dan dengan kenyataan di atas, Keadilan Johor akan terus memainkan satu peranan pemantauan untuk memastikan pembinaan tersebut dapat diselesaikan dalam jangka masa yang telah diumumkan.

ipk johorBerikutan itu, dalam kenyataan Dato Zulkllifi, dilaporkan dalam media bahawa kerajaan telah membayar kontraktor asal RM40 juta.

Tetapi daripada jawapan sidang DUN Johor bulan Jun 2014, Exco Datuk Hasni telah menjawap bahawa bayaran interim 1 hingga 51 sebanyak RM46.12 juta telah dibayar kepada kontraktor terdahulu.

Seterusnya juga telah dimaklumkan jumlah kos projek untuk kontraktor baru adalah berjumlah RM72.8 juta.

Ini bermakna kos pembinaan IPK Johor telah melonjak naik daripada kos asal iaitu RM103 juta kepada RM118.92 juta. Ini menunjukkan kenaikan kos sebanyak RM15.92 juta ataupun lebih daripada 15 peratus harga asal.

Kami rasa isu ini telah menunjukkan keperluan pihak kerajaan untuk mengetatkan sistem pemilihan kontraktor agar insiden sebegini tidak berulang lagi dimana pada akhir hari, adalah wang rakyat yang terpaksa menanggung kos lebihan.

Kami berpendapat RM15.92 juta lebihan ini boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain yang lebih bermakna dan bercendurung kebajikan rakyat.

Seterusnya, kami mengesa pihak kerajaan dan terutamanya pihak JKR untuk mengambil tindakan undang-undang segera untuk menuntut balik segala denda dan kerugian daripada kontraktor lama.

Akhir sekali, kami percaya kepantasan pihak PDRM menghantar pengarah kanan ke Johor Bahru untuk menyelesaikan isu ini jelas terbukti bahawa peranan parti politik pembangkang untuk terus ‘check’ dan mengawasi pembinaan projek-projek kerajaan adalah perlu dan penting dalam sistem demokrasi negara ini.

Akhir sekali, Keadilan Johor akan terus dengan usaha untuk membongkarkan lebih banyak isu yang memudaratkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia.
JIMMY PUAH WEE TSE
Timbalan Pengerusi Keadilan Johor merangkap ADUN Bukit Batu

AKMAL NASIR
Pengarah Strategi, AMK Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published.