Categories
NASIONAL

Rakyat bangkit perjuang masa depan negara, lawan kekejaman rejim BN-Umno

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 12 FEB: Semangat melawan kekejaman dan ketidakadilan rejim Umno-BN mendorong ratusan rakyat membanjiri pintu utama Penjara Sungai Buloh, malam tadi.

Tidak lekang dengan laungan reformasi sepanjang himpunan, Wan Nor Hanim Baharuddin, 33, berkata beliau kembali merasakan semangat reformasi 1998.

“Kalau rakyat tidak bangkit, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk perjuangkan nasib kita.

solidaritiq“Ini bukan soal Anwar sahaja tetapi masa depan negara dan anak kita,” katanya yang berasal dari Klang.

Bagi Grace Aw, 31, kes Fitnah 2 nyata sengaja diada-adakan dan bermotif politik untuk meranap kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jelas, Anwar dijatuhkan hukuman tanpa sebarang bukti. Orang bodoh pun tahu semua itu hanya rekaan,” katanya yang hadir bersama suami.

Sementara itu, G Anath dari Klang pula berjanji akan hadir ke solidariti untuk Anwar setiap malam.

solidariti“Perjuangan Anwar tidak akan terhenti setakat semalam. Kami semua akan bangkit untuk melawan Umno-BN,” katanya disahut laungan lawan tetap lawan oleh rakan lain.

Semalam, lebih 300 hadir menyertai solidariti bersama Anwar termasuk anaknya, Ehsan dan Nurul Nuha serta pimpinan lain seperti Tian Chua dan Dr Daroyah Alwi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.