Categories
NASIONAL

Pengulas sukan terkenal Hasbullah Awang meninggal dunia

SHAH ALAM, 12 FEB: Pengulas sukan terkenal tanah air, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dipercayai akibat komplikasi jantung, pada jam 12.17 tengahari tadi.

Hasbullah, 63, menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di IJN, sejak minggu lalu.

hasbullahAllahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak.

Memetik Malaysia Kini, jenazah Hasbullah akan dikebumikan di Seksyen 32, Jalan Kebun, di sini.

Allahyarham adalah pengulas acara sukan terkenal tanah air dan antarabangsa, bahkan menjadi antara individu yang sering ditemuramah dalam memberikan pandangan berkenaan kualiti sukan tempatan terutama bola sepak.

Kehilangan Allahyarham pastinya dirasai penggemar sukan tanah air yang meminati gaya ulasannya yang tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.