Categories
SELANGOR

Semua masjid, surau di Selangor adakan solat jenazah ghaib

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 13 FEB: Masjid dan surau di seluruh Selangor mengadakan Solat Jenazah Ghaib bersempena pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Arahan dikeluarkan Exco Hal Ehwal Agama, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi melalui surat bertulis oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Solat Jenazah Ghaib itu dilakukan sejurus selesai Solat Jumaat hari ini.

exco“Dukacita dimaklumkan bahawa Almarhum Tuan Guru Nik Aziz telah kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2015 bersamaan 22 RabiulAkhir 1436H jam 9.40 malam.

“Exco Selangor memohon semua masjid dan surau untuk mengadakan Solat Jenazah Ghaib pada hari Jumaat (13 Februari 2015) selepas Solat Jumaat di atas pemergian seorang tokoh murabbi,” katanya.

Jenazah Allahyarham Nik Aziz disemadikan bersebelahan pusara bapanya, Nik Mat Raja Banjar.

Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun di kediamannya,  jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang anak iaitu lima lelaki serta lima perempuan.

Allahyarham selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada jam 11 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham sebelum itu disempurnakan di Masjid Pulau Melaka pada jam 10 pagi dan dianggarkan hampir 30,000 orang hadir di Masjid Pulau Melaka untuk bersama melakukan solat jenazah.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.