Categories
SELANGOR

Solidariti Mejar Zaidi dalam Madrasah Seni 13 Februari

SHAH ALAM 9 FEB: Paksi Seniman Rakyat atau Paksi terus membela mereka tertindas dengan mengadakan Solidariti Buat Mejar Zaidi pada program bulanan Baca Puisi Madrasah Seni (BPMS), Jumaat 13 Februari, jam 9 malam.

Presidennya, Dinsman berkata Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan turut hadir membicara ringkas novel Nenek karya Razali Endun.

paksiKatanya lagi, program bulanan Paksi dianjurkan setiap Jumaat minggu kedua itu akan diadakan di perkarangan Madrasah Tarbiah, Kg Bandar Dalam, Jalan Gombak, Kuala Lumpur yang turut dikenali dengan jolokan Madrasah Seni.

Dinsman memberitahu, selain pemain puisi Paksi, beberapa penyair setuju hadir malam itu termasuk Pyanhabib, Pak Ijamala, Mohd Daud Mohd (Kalam), Yassin Salleh (Pengarah Filem Ali Setan), Melati Rahim (DAP), Shamsiah Ismail (PKR), Dato Tarmizi Mohd Jam (Legasi), Mat Fadli El Labuani, Tukar Tiub, Nassury Ibrahim.

Program BPMS Paksi itu dijangka menggamit dan menghimpunkan ramai peminat puisi tanahair yang berada di sekitar Lembah Klang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.