Categories
KENYATAAN MEDIA

Ucapan takziah daripada Presiden PKR

Bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga, saya menyampaikan salam takziah dan kesedihan kami kepada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anak-anak dan seisi keluarga, di atas kembalinya Dato’ Bentara Setia, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerahmatullah sebentar tadi.

Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), saya mengucapkan takziah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di atas kehilangan Tuan Guru Mursyidul Am.

Sumbangan beliau kepada kesuburan dakwah, perkembangan Islam dan pembangunan masyarakat, terlalu besar untuk diungkapkan.

Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT merahmati ruhnya dan menempatkan beliau di kalangan solihin. Insya Allah.

Innalillahi wa inna ilaihi raajiuun.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

12 Februari 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published.