Categories
NASIONAL

Wan Azizah, Nurul Izzah ke Kelantan selepas lawat Anwar di penjara

SHAH ALAM 13 FEB: Ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Kota Bahru selepas melawat Ketua Umum PKR itu di Penjara Sungai Buloh tengah hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata demikian menerusi twitter kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi, mewakili keluarganya termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail.

“Saya sekeluarga di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh sebelum melawat ayah di penjara. Usai di sana saya, ibu & Ihsan ke Kota Bahru,” tulisnya.

Mereka dilapor memohon pihak berkuasa penjara membenarkan Anwar hadir ke pengebumian Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini tetapi belum menerima sebarang jawapan.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.