Categories
NASIONAL

3,500 kes denggi setiap minggu

SHAH ALAM, 15 MAC: Kes denggi menunjukkan peningkatan bermula pada akhir Januari dan awal bulan Februari lalu iaitu jumlah kes mingguan dilaporkan adalah antara 3,000 hingga 3,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Noor Hisham Abdullah berkata, 33 kawasam hotspots dilaksanakan semburan Outdoor Residual Spray (ORS) iaitu teknik semburan baru dalam kawalan nyamuk Aedes.

DENGGI GRAFIKKatanya, semburan ORS dilaksanakan di daerah yang tinggi kes dengginya iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang, pada 11 Februari ini.

“Hasil dari semburan ORS, jumlah wabak di Selangor didapati berkurang daripada 783 penempatan wabak denggi iaitu pengurangan 10 peratus dalam tempoh seminggu,” katanya dalam satu kenyataan media.

Bagi tempoh sama, jumlah hotspots juga menurun di Selangor daripada 256 hotsposts kepada 223 hotspots iaitu pengurangan sebanyak 13 peratus.

Selain itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mencari syarikat berupaya mengeluarkan cat mengandungi deltamethrin atau racun serangga yang boleh membunuh nyamuk apabila hinggap atau bersentuhan dengan cat itu.

KKM juga mengalakkan kementerian lain untuk melakukan aktiviti pencegahan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.

-NFN-

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.