Categories
SELANGOR

60 Earth Hour 2015 seluruh Shah Alam 28 Mac

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan program 60 Earth Hour 2015 bertujuan melindungi kesejahteraan dan keseimbangan alam sekitar ekoran permasalahan pemanasan global yang semakin meruncing.

Program itu akan dianjurkan bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, bermula jam 8 malam, pada 28 Mac ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, kempen itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkenaan kepentingan penting penjimatan penggunaan tenaga elektrik.

MBSA“Penggunaan tenaga elektrik yang berlebihan akan mempercepatkan pengurangan sumber tenaga.

“85 peratus tenaga elektrik di negera kita dijana menggunakan bahan api fosil seperti gas asli, minyak dan arang batu,” katanya ketika pelancaran program 60 earth hours 2015, di sini, hari ini.

Pembakaran bahan api itu akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar dan mengakibatkan masalah pemanasan global atau ‘climate change’ yang memberi kesan buruk terhadap alam sekitar.

Ahmad Zaharin berkata, MBSA turut menganjurkan Kempen Saya Boleh Jika Anda Boleh atau ‘ I Will If You Will’ sempena kempen 60 Earth Hour, sehingga 19 April ini.

mbsa kelantan 1“MBSA ingin mengajak seluruh penduduk Shah Alam menanam sekurang-kurangnya sebatang pokok di halaman atau sekitar kediaman masing-masing.

“Muat naik gambar bersama pokok yang ditanam dan jadi salah seorang daripada 6,000 penyertaan terawal untuk memenangi anak pokok dari MBSA,” katanya.

Sehubungan itu, MBSA menyeru orang ramai untuk menyatakan penglibatan mereka dalam kempen berkenaan dan sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad di talian 03-55222734/013-3380551.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.