Categories
NASIONAL

AMK: Polis keterlaluan serbu pejabat PKR

SHAH ALAM 30 MAC: Tindakan polis membawa Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang sedang direman dan merampas peralatan pejabat dengan alasan menyiasat perhimpunan #KitaLawan adalah keterlaluan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau mengecam tindakan polis menyerbu Ibu Pejabat KEADILAN semalam.

1907419_939550122746162_3510935959659775218_n“Kami kesal dalam isu melibatkan masyarakat sivil dan parti lawan Umno BN polis mengambil pendekatan yang keterlaluan.

“Ini usaha terancang untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Beliau berkata tangkapan demi tangkapan hanya menyemarakkan lagi semangat rakyat khususnya anak muda untuk melawan kezaliman dan menuntut keadilan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.