Categories
NASIONAL

Anak muda tak lemah semangat, #KitaLawan diteruskan setiap Sabtu

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Penahanan sebilangan peserta himpunan #KitaLawan membuktikan tindakan terdesak pihak berkuasa bagi menyekat kemaraan rakyat khususnya anak muda.

Bendahari Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya yakin siasatan dibuat terhadap peserta himpunan itu adalah sia-sia dan tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan.

“Tangkapan dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) menunjukkan tindakan terdesak mereka untuk menakutkan rakyat Malaysia.

11013182_10206248263110604_3578118322195369720_n“Jelas bahawa, sistem perundangan terus dihina tanpa menghiraukan perlembagaan negara yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, anak muda kini terus menjadi mangsa dan terus dizalimi disebabkan berani berkata benar.

“Kekuatan #KitaLawan bukan bergantung kepada individu, organisasi atau parti tetapi ia adalah lahir daripada sikap tanggungjawab dan sanubari dalam kalangan anak muda yang benci kepada kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Percayalah selagi anak muda ditekan, lebih ramai di luar sana bersedia memikul tanggungjawab ini,” katanya.

10685_10153096892202418_419962115554005141_nBeliau berkata, #KitaLawan akan meneruskan perhimpunan di hadapan Sogo setiap Sabtu dan akan disambung pada minggu ini, bermula jam 4 petang selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Datuk Seri Najib Razak tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mohd Fakhrul Razi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini bagi memberi keterangan berkenaan perhimpunan terbabit dan difahamkan beliau ditahan selepas itu.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.