Mobilisasi #KitaLawan desak PM ditangkap

Gerakan perikatan #KitaLawan akan bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil mengerahkan rakyat turun ke jalanraya mendesak Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak melepaskan jawatan.

Categories
NASIONAL

#KitaLawan, Adam Adli ditahan

SHAH ALAM, 14 MAC: Aktivis pelajar Adam Ali Abd Halim dan Pegawai Bersih, Mandeep Singh Karpal Singh ditahan polis selepas terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur, hari ini.
Gambar penahanan itu dimuat naik oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Teja) Chang Lih Kang sebentar tadi.
adam adliMemetik Malaysia Kini, mereka dikatakan dibawa ke lokap balai polis Jinjang, tidak jauh daripada tempat itu.
Rakan rapat Adam dan Mandeep ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Selepas perhimpunan besar #KitaLawan minggu lalu, ia dirancang menjadi acara mingguan, walaupun kehadirannya dijangka jauh lebih kecil.
Categories
NASIONAL

Anak muda tak lemah semangat, #KitaLawan diteruskan setiap Sabtu

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Penahanan sebilangan peserta himpunan #KitaLawan membuktikan tindakan terdesak pihak berkuasa bagi menyekat kemaraan rakyat khususnya anak muda.

Bendahari Pemuda PAS, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, pihaknya yakin siasatan dibuat terhadap peserta himpunan itu adalah sia-sia dan tidak boleh disabitkan dengan sebarang kesalahan.

“Tangkapan dibuat menggunakan Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) menunjukkan tindakan terdesak mereka untuk menakutkan rakyat Malaysia.

11013182_10206248263110604_3578118322195369720_n“Jelas bahawa, sistem perundangan terus dihina tanpa menghiraukan perlembagaan negara yang menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, anak muda kini terus menjadi mangsa dan terus dizalimi disebabkan berani berkata benar.

“Kekuatan #KitaLawan bukan bergantung kepada individu, organisasi atau parti tetapi ia adalah lahir daripada sikap tanggungjawab dan sanubari dalam kalangan anak muda yang benci kepada kezaliman, amalan rasuah dan salah guna kuasa.

“Percayalah selagi anak muda ditekan, lebih ramai di luar sana bersedia memikul tanggungjawab ini,” katanya.

10685_10153096892202418_419962115554005141_nBeliau berkata, #KitaLawan akan meneruskan perhimpunan di hadapan Sogo setiap Sabtu dan akan disambung pada minggu ini, bermula jam 4 petang selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadikan tahanan politik dan selagi Datuk Seri Najib Razak tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mohd Fakhrul Razi hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini bagi memberi keterangan berkenaan perhimpunan terbabit dan difahamkan beliau ditahan selepas itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Rafizi ditahan selepas lapor isu 1MDB

SHAH ALAM, 10 MAC: Polis terus menahan pemimpin pembangkang yang datang ke balai polis dalam usaha menyiasat perhimpunan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 7 Mac lalu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Rafizi ditangkap ketika hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik Malaysia Kini, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang ditahan dua hari lalu pula dijangka akan dibebaskan malam ini, kata peguamnya.

rafizi-pcSeorang lagi pemimpin demonstrasi Kita Lawan, Fariz Musa pula ditahan hari ini dan belum dibebaskan.

Menurut maklumat daripada biro komunikasi PKR, Rafizi ditahan kira-kita jam 7 petang sejurus selesai memberi keterangan berkenaan dakwaan berkenaan 1MDB.

Beliau dikatakan ditahan bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman berkaitan Himpunan Kita Lawan.

Categories
NASIONAL

Lepas Nik Nazmi, giliran Fariz Musa ditahan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 MAC: Sehari selepas penahanan reman Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, kini giliran Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa pula ditahan polis berkenaan himpunan “Kita Lawan”.

Fariz melalui laman sosial Twitter memaklumkan beliau disoal siasat polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 10 pagi tadi.

fariz musa pic 3Beliau turut diiringi peguam, Melissa Sasidaran yang turut mewakili Nik Nazmi.

Fariz ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan perhimpunan haram.

Pada 7 Mac lalu, dianggarkan kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan semangat setiakawan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kes Fitnah 2.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Nik Nazmi direman sehingga 11 Mac

SHAH ALAM, 9 MAC: Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad ditahan reman selama tiga hari berikutan penglibatannya menganjur himpunan #KitaLawan, pada 7 Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil melalui mesej Whatsapp sebentar tadi yang dipetik dari Astro Awani.

nik nazmi 2“Harap maklum YB Nik Nazmi Ahmad, Ketua AMK merangkap Exco Kerajaan Selangor telah ditahan reman selama tiga hari hingga hari Rabu, 11 Mac di Balai Polis Jinjang,” tulis mesej itu.

Perkara sama turut disahkan peguam Nik Nazmi, Eric Paulsen ketika dihubungi Astro Awani.

“Ya, beliau direman tiga hari sehingga Rabu. Bagaimanapun, majistret tidak memberikan sebarang sebab, tetapi pihak polis ada memberikan beberapa sebab namun ia dianggap tidak sah.

“Oleh itu, pihak kami akan memfailkan semakan terhadap keputusan majistret,” katanya.