Categories
NASIONAL

Himpunan solidariti Anwar penuh sesak dalam & luar dewan

PETALING JAYA 7 MAC: Kira-kira 3,000 hadir di Himpunan Solidariti Anwar Ibrahim di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini dalam himpunan selepas 26 hari Anwar dipenjara yang disifatkan sebagai tahanan politik.

Mohamed Azmin Ali yang sama dalam himpunan itu turut mengetepikan kedudukannya sebagai Dato’ Menteri Besar dengan duduk bersila bersama-sama pendokong

11013219_10205200811893215_7851505309208163800_n“Anwar Ibrahim tidak layak walau satu saat pun berada di sebalik tembok kezaliman penjara,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam ucapannya.

Beliau berkata, harga yang dibayar oleh Anwar Ibrahim sehingga dipenjarakan perlu ditebus.

“Perjuangan ini mesti kita teruskan bgi membebaskan rakyat dari penindasan, untuk itu saya sangat berharap Datuk Seri Anwar dibebaskan,” katanya.

Beliau berkata 2015 adalah tahun mencabar  dan berharap rakyat dapat melihat isu ekonomi tersebut sebagai penting.

“Ekonomi Malaysia bertambah buruk dengan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak mentah ia merupakan tahun yang mencabar,” katanya.

Himpunan Solidariti #BebasAnwar yang berlangsung hari ini adalah program tertutup anjuran KEADILAN ini bersempena Himpunan #KitaLawan yang akan berlangsung petang ini.

Himpunan #KitaLawan bagi menuntut pembebasan Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dipenjarakan, diadakan mulai 4 petang hingga tengah malam di luar kompleks beli belah Sogo.

B_dTjUTUIAEjyMIBagaimanapun peserta akan berhimpun awal, mulai 3 petang, di tiga lokasi – Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut, sebelum mereka berarak ke Sogo.

Selain di ibu negara, himpunan tersebut juga akan diadakan di luar negara.

Antaranya berlangsung di Old Palace Yard, London – berdekatan dengan bangunan Parlimen United Kingdom; di depan Bangunan Parlimen Australia, di Canberra, di depan Parlimen South Australia, di Adelaide dan di Liberty Square di Taipei, Taiwan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.