Categories
NASIONAL

Jingga13: Tahan Fariz isu KitaLawan, disoal himpunan Geramm

Oleh: HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Jingga13 menyelar tindakan polis menahan Ketua Koordinatornya, Fariz Musa, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan negara.

Naib Koordinator Jingga13, Mikhael Iskhandaar Abdullah berkata, penahanan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR itu ekoran terbabit dalam perhimpunan #KitaLawan dilihat satu tindakan terdesak untuk menakutkan dan menyekat suara rakyat khususnya anak muda.

“Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat serta keadilan untuk semua kaum di negara ini.

jinggadownload“Jingga13 dengan tegas mengingatkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang serta akta,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, Jingga13 merujuk kepada keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya, pada April 2014 diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang mengisytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) sebagai tidak sah serta bertentangan perlembagaan.

Mikhael Iskhandaar berkata, tidak ada dalam akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

“Jelas juga bahawa sebarang hukuman kepada yang tidak memberikan notis 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan, adalah tidak sah.

Fariz Musa“Sehubungan itu, kita percaya penangkapan dan siasatan polis bukan sahaja kepada Fariz tetapi raakan lain bermotif politik,” katanya.

Katanya, Jingga13 juga musykil dengan tindakan polis menyoal siasat Fariz berkenaan perhimpunan dikenali “Protes Pensel Merah” yang dianjurkan pengamal media (Geramm), pada 4 Januari 2014.

“Kenapa Fariz disoal berkenaan protes itu sedangkan ia dianjurkan pengamal media dan selepas 15 bulan berlalu?

“Apa motif di sebalik siasatan itu?,” soalnya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.