Categories
SELANGOR

LAPORAN KHAS: Banteras wabak denggi, kesedaran bersama penting

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 19 MAC: Selangor terus menjadi penyumbang terbesar kes denggi di Malaysia apabila 59 peratus daripad masalah terbabit dilaporkan berpunca dari negeri itu.

Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Selangor memperlihatkan peningkatan kes denggi di Malaysia iaitu 26,273 kes membabitkan peningkatan 43.7 peratus, sejak awal Februari hingga 12 Mac lalu, berbanding tempoh sama 2014.

Terjah denggi MB Mentari court (5)Dalam tempoh sama, Selangor mencatatkan bilangan kes denggi iaitu 16,354 yang terus memperlihatkan wabak berkenaan terus meningkat di negeri itu.

Akauntan, Nur Hanis Rosli, 25, berkata masyarakat sendiri harus bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan bukan sahaja di kawasan rumah, bahkan di tempat awam.

“Jangan membuang sampah di kaki lima dan sungai kerana ia juga boleh menjadi punca pembiakan nyamuk aedes.

Nur Hanis Rosli“Kita juga perlu menjaga kebersihan di kawasan rumah. Jangan biarkan air bertakung kerana ia menjadi faktor pembiakan aedes terutama dalam pasu bunga.

“Pokok pisang juga boleh menjadi faktor penyebab kes denggi ekoran air mudah bertakung pada pelepahnya selepas waktu hujan,” katanya ketika ditemui Selangor Kini.

Pelajar, Ismi fahmi Abdul Rahman, 22, berkata Kerajaan Negeri perlu berperanan mengadakan aktiviti atau program berkenaan aedes dan denggi berkonsep santai tetapi diisi dengan penuh maklumat membabitkan bahaya aedes.

“Memberi kesedaran pada orang ramai secara santai berkenaan cara pencegahannya dan kesan apabila mengalami demam denggi.

“Badan bukan kerajaan juga boleh bekerjasama untuk terlibat dalam program membanteras denggi ini,” katanya.

zaneerah arifin 30  guru-web 5Sementara itu, guru tadika, Zaneerah Ariffin, 30, berkata pemuafakatan daripada setiap penduduk kawasan amat penting dalam usaha memerangi wabak denggi.

“Kawasan mereka akan selamat daripada ancaman nyamuk aedes jika setiap penduduk memberikan kerjasama untuk membanterasnya.

“Jawatankuasa kampung dan rukun tetangga kawasan boleh melaksanakan aktiviti gotong-royong bulanan untuk memastikan tempat tinggal mereka selamat.

“Setiap masyarakat yang sayangkan kesihatan diri dan keluarga wajar memahami berkenaan bahayanya nyamuk aedes dan memahami seranggan ini boleh meragut nyawa,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.