Categories
SELANGOR

MB: Kerajaan Pusat patut tetap garis kemiskinan RM1,500

SHAH ALAM 22 MAC: Kerajaan Pusat patut meningkatkan garis kemiskinan sekurang-kurangnya kepada RM1,500 sebulan selaras dengan realiti semasa keadaan ekonomi negara.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata kadar garis kemiskinan akan bertambah sehingga 40 peratus jika Kerajaan Pusat menyemak semula perkara itu.

Azmin MB“Kerajaan Selangor mendepani isu ini dengan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,500.

“Kita perlu memastikan polisi gaji minimum dan undang-undang pekerja dilaksanakan sebaik mungkin,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada forum “Rancangan Malaysia ke-11, Ketidaksamaan di Malaysia dan Cabaran kepada Komuniti India’ di Shah Alam Convention Centre di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata latihan kemahiran perlu disediakan secukupnya bagi memastikan rakyat memperolehi kerja lebih baik dan memperolehi pendapatan lebih tinggi.

“Pekerja perlu diberikan kemudahan secukupnya bagi memastikan mereka hidup selesa untuk diri dan keluarga mereka,” kata Mohamed Azmin.

Sementara itu, Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago berkata garis kemiskinan di negara tidak realistik dan memerlukan perubahan.

Katanya, gaji minimum pula hanya bersamaan dengan kos menyewa bilik di sesetengah kawasan.

Kerajaan kini menetapkan golongan berpendapatan bawah RM900 sebagai miskin.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.