Categories
SELANGOR

MB: Perjanjian air terlupus sebab Kerajaan Pusat tuntut tanah

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 10 MAC: Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mahu tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dimasukkan sebagai aset yang akan diambil alih dalam perjanjian konsesi air.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri hanya bersetuju untuk menyerahkan aset air yang sudah dinaiktaraf syarikat konsesi sahaja dan tidak akan menggadaikan kedaulatan tanah Selangor.

PC isu air dicemari diesel-MB (9)“Antara perkara utama yang dilanggari Kerajaan Persekutuan adalah untuk menyemak semula perjanjian yang sudah termeterai dalam perjanjian utama iaitu Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan aset air milik syarikat konsesi yang dinaiktaraf.

“Tetapi dalam tempoh dua tiga bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mendesak bukan sahaja aset yang sudah dinaiktaraf tetapi jajaran tanah yang dilalui aset itu mesti diserahkan sekali.

“Apakah rakyat dan pengguna Selangor bersetuju menyerahkan 26,000 km tanah itu,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen.

Berita lanjut bakal menyusul…

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.