Categories
SELANGOR

MPSJ perkenal insentif hargai warga kerja

Oleh: HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 11 MAC: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan insentif kepada warga kerjanya bagi meningkatkan motivasi dan kualiti perkhidmatan dalam pertadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu bermula tahun ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pengurusan tertinggi MPSJ mengambil inisiatif menambah penghargaan supaya kakitangannya meneruskan kecemerlangan dalam bidang kerja.

IMG_5825 copy“Antara yang akan diberikan adalah pencalonan pingat di peringkat negeri dan persekutuan bagi kumpulan sokongan dua, manakala anugerah warga contoh (AWC) akan diadakan sebanyak empat kali setahun dan sijil serta insentif bernilai RM300.

“Selain itu, saguhati sempena perayaan utama bagi kakitangan kumpulan sokongan dua juga akan diberikan,” katanya dalam ucapan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) MPSJ 2014, di sini, hari ini.

Beliau berkata, diharapkan insentif itu akan dapat meningkatkan motivasi diri warga kerja bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.

Dalam majlis itu, seramai 122 orang iaitu 47 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional dan 75 pegawai kumpulan sokongan menerima APC MPSJ.

IMG_5814 copyManakala, 16 pesara menerima anugerah Jasamu Dikenang dan lima warga kerja menerima Anugerah Kecemerlangan Sukan.

Beliau berkata, kecemerlangan modal insan adalah elemen dan aset terpenting untuk melahirkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan efisien.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.