Categories
NASIONAL

Nurul Izzah dilarang berucap wakili Ketua Pembangkang

SHAH ALAM, 10 MAC: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilarang mewakilinya bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untukĀ  menyampaikan ucapan Ketua Pembangkang itu.

Dewan Rakyat bagaimanapun membenarkan Nurul Izzah memasukkan sedutan ucapan Anwar sebagai sebahagian ucapannya sendiri.

“Kita sudah putuskan bahawa ucapan Yang Berhormat adalah ucapan Yang Berhormat, bukan mewakili ketua pembangkang,” kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee yang dipetik dari Malaysia Kini.

anwarJika dibenarkan hadir di Parlimen hari ini, Anwar dijadual berucap dalam perbahasan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang berkenan mencemar duli membuka persidangan, semalam.

Ucapan Anwar seharusnya disampaikan selepas sesi soal jawab pagi ini tetapi Dewan memutuskan untuk memanggil wakil kerajaan, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) menggantikan tempatnya.

Anwar (PKR-Permatang Pauh), walaupun masih seorang anggota Dewan Rakyat tatepi tidak dibenarkan hadir sidang parlimen kali ini.

Beliau masih kekal jawatan itu selepas memohon pengampunan diraja ekoran dijatuhkan hukuman penjara lima tahun.

nurul izzah KLSCAH 01Memetik Malaysia Kini, ketika membacakan ucapan Anwar, Nurul Izzah menggunakan peluang untuk menegaskan pendirian bapanya bahawa Anwar tetap tidak bersalah atas jenyaha yang disabitkan ke atasnya.

“Saya tidak bersalah atas tuduhan palsu dan fitnah ini tidak pernah berlaku. Fitnah ini satu rekayasa yang jahat datang dari satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.

“Tidak menjadi satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan rasmi bertulis berkenaan keputusan yang cuma selang beberapa minit selepas penghakiman dikemukakan, bahkan sebelum hukuman dijatuhkan.

“Dalam tunduk akur kepada kehendak telunjuk tuan-tuan politik, hakim-hakim itu menjadi rakan jenayah pembunuhan kebebasan dan integriti badan kehakiman.

“Mereka menjual diri mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani mereka demi pulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan,” kata Nurul Izzah memetik teks ucapan Anwar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.