Categories
SELANGOR

Operasi pam air kolam alternatif pastikan bekalan air selamat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 MAC: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memulakan operasi pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya dengan pengeluaran sehingga 700 juta liter sehari (JLH), sejak 2 Februari lalu.

Exco Pemodenan Pertanian, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, usaha itu antara kaedah Kerajaan Negeri dalam memastikan sumber air mentah selamat untuk digunakan orang ramai, selain tiada masalah catuan air sepanjang musim panas.

“Kerajaan Negeri memastikan air kolam dipam ke Sungai Selangor mematuhi piawaian air mentah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dirawat loji rawatan air (LRA).

empangan kini“Pensampelan kualiti air kolam ini dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan dianalisa Jabatan Kimia Malaysia (JKM),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Zaidy berkata, proses pemantauan kualiti air dijalankan tiga peringkat iaitu di kolam alternatif oleh Luas dan JKNS, pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk serta pemantauan air terawat selepas proses rawatan di LRA oleh operator loji juga JKNS.

Katanya, semua parameter mematuhi kualiti air mentah disyorkan di dalam Garis Panduan Kualiti Air Minum Kebangsaan Kementerian Kesihatan berdasarkan keputusan analisa pensampelan dibuat JKNS setakat ini.

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri juga dimaklumkan bekalan air dari Sungai Semantan, Pahang yang disalurkan melalui terowong projek Langat 2 ke Empangan Langat sedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa.

ZaidyKeadaan itu akan membantu Selangor dalam menangani sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

“Air dari Sungai Semantan sudah sedia untuk dilepaskan jika keadaan memerlukan dengan kapasiti awal 500 juta liter sehari (JLH).

“Kini, kita dapat 50 JLH air berpunca dari mata air terowong Langat 2 walaupun belum dilepaskan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.