Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Pelan induk pertanian negeri siap sepenuhnya Disember ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Pelan induk pembangunan pertanian negeri dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember ini, kata Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Beliau berkata, fokusnya tertumpu kepada perancangan jangka panjang untuk membangunkan prospek pertanian negeri yang giat dilaksanakan ke arah membantu perkembangan industri pertanian negeri.

“Kita sedang dalam proses akhir untuk menyiapkan pelan induk pertanian pembangunan negeri menerusi kerjasama yang dibuat bersama Universiti Putra Malaysia (UPM).

img_5551-800x533“Pengisiannya tertumpu kepadap pelan pembangunan jangka panjang pertanian negeri yang akan siap sepenuhnya Disember ini,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ijok, Dr Idris Ahmad yang membangkitkan komitmen Kerajaan Negeri untuk meningkatkan prospek pertanian negeri.

Terdahulu, pelan tersebut dirangka secara konsisten dan akan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Dalam perkembangan sama, pelan tersebut juga tertumpu kepada usaha pembangunan semula hasil projek Fruit Valley yang dilaksanakan di Kuala Selangor dapat dinikmati dan menjana pertumbuhan hasil pertanian negeri.

“Dalam tempoh terdekat ini kita boleh melihat dan melawat perkembangan yang sangat baik dengan peningkatan hasil tanaman yang diusahakan usahawan tani.

“Dijangka pertengahan 2017 juga Selangor Fruit Valley ini akan dibuka kepada umum sebagai inisiatif menyokong program agro pelancongan negeri,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor cepatkan projek Langat 2

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 31 MEI: Kerajaan Negeri akan mempercepatkan proses pembangunan projek Langat 2 seperti dirancang sebelum ini, kata Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Zaidy berkata, perkara itu mendapat perhatian Kerajaan Negeri dan perancangan akan dijalankan dalam masa terdekat.

Zaidy Abd Talib“Kita memang nak mempercepatkan projek itu demi manfaat semua pihak. Kita berharap ia dijalankan mengikut jadual ditetapkan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri turut melihat perkembangan positif dalam perancangan penstrukturan semula industri air dan yakin perkara itu mampu diselesaikan dalam jangka masa singkat.

“Langat 2 juga sedaya mungkin disiapkan antara tahun  2017 hingga 2019 dan mampu membekalkan air terawat kepada rakyat dengan lebih baik,” katanya.

-NFN-

Selangor bantu pengusaha tani tingkat keuntungan, daya saing

Exco Zaidy Abdul Talib menggesa pengusaha tani dan komersil bekerjasama merebut peluang meningkatkan keupayaan masing-masing.

Categories
SELANGOR

Paras empangan air Selangor memuaskan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 7 MEI: Kapasiti air di beberapa empangan sekitar Selangor berada pada tahap baik dan memuaskan walaupun keadaan cuaca tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, walaupun paras empangan tidak mencapai tahap tertinggi namun ia bukan sesuatu yang membimbangkan.

“Semua empangan berada pada tahap baik bukan dalam keadaan berjaga-jaga atau kritikal yang boleh membimbangkan pengguna sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Selangor Kini.

empangan selangor sept 3Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (Luas), empangan Sungai Selangor yang membekalkan air kepada penduduk di Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya kini mencatatkan 70.29 peratus iaitu pada kadar 161.66 juta meter padu.

Bagi Empangan Batu, ia mencatat kadar takungan 71.69, manakala Klang Gates adalah 72.18 peratus iaitu 18.29 juta meter padu.

Sementara Kolam Takungan Sungai Labu pula mencatatkan 84.74 peratus pada kadar 7.68 juta meter padu dan empangan Langat 66.14 peratus iaitu 22.55 juta meter padu.

Selain itu, empangan Semenyih 57.25 juta meter padu (96.92 peratus), empangan Sungai Tinggi pula 83.13 juta meter padu (72.60 peratus) dan empangan Tasik Subang pula 4.21 juta meter padu (100.00 peratus).

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jalan Saujana utama dilebar atasi kesesakan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 APR: Jalan keluar Saujana Utama, Sungai Buloh ke simpang utama akan dilebarkan bagi mengatasi masalah kesesakan ketika waktu puncak.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian,dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuat cadangan penambahbaikan itu selepas pemaju memulakan pembinaan perumahan Elmina West.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) juga sudah memohon peruntukan Rancangan Malaysia ke-11 untuk menaik taraf simpang masuk utama dari jalan persekutuan FT54,” katanya dalam kenyataan , di sini.

Zaidy Abd TalibTerdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja ke Saujana Utama disertai MBSA, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), JKR ngeri, IPD Sungai Buloh dan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP Zon 6D).

Antara cadangan lain yang diutarakan termasuk meletakkan polis trafik setiap hari, lampu isyarat lebih lama untuk kereta keluar, membuang bonggol dan tidak membenarkan kenderaan berat lalu ketika waktu puncak.

Selain itu, pihak berkaitan digesa menyiapkan persimpangan bertingkat, membina jalan terus ke Lebuhraya Guthrie dan menghentikan kelulusan kepada projek perumahan baru untuk penyelesaian jangka panjang.

“Untuk penyelesaian jangka panjang, pejabat Exco akan memanggil mesyuarat khas dengan pemaju dan agensi kerajaan berkaitan dalam menyelesaikan isu ini,” katanya.

Setiap hari bekerja, penduduk Saujana Utama terpaksa mengambil masa lebih 30 minit untuk keluar ke simpang utama walaupun jaraknya hanya empat kilometer.

Bandar Saujana Utama yang dibangunkan sejak 15 tahun lalu mempunyai lebih 12,000 rumah dan dihuni hampir 40,000 penduduk.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pencemaran ammonia ganggu operasi LRA Bukit Tampoi

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 19 MAC: Tindakan segera terus diambil ekoran pemberhentian operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi akibat pencemaran Ammonia di dalam Sungai Langat, bermula jam 2 petang, semalam.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri antara lain membuat pelepasan air Empangan Langat sebanyak 250 juta liter sehari (JLH).

loji air“Tindakan ini untuk meningkatkan kadar alir dan faktor pencairan (dilution factor) di dalam Sungai Langat.

“Kita juga membuat pelepasan air ‘ingres’ terowong penyaluran air mentah daripada Pahang sebanyak 35 JLH,” katanya dalam satu kenyataan,lewat malam tadi.

Selain itu, Zaidy berkata, pihak Indah Water Konsortium (IWK) diarah memantau semua loji rawatan kumbahan (STP) di bawah kawal selia mereka untuk merendahkan pelepasan Ammonia.

Katanya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) juga dihubungi untuk melakukan semakan terhadap STP persendirian.

Langkah lain termasuk pemasangan pam untuk operasi pengepaman air Sungai Langat ke dalam Kolam Bukit Tampoi dan seterusnya ke muka sauk akan dilaksanakan dengan kadar segera.

Zaidy“Semua pihak yang terlibat sedang bertungkus-lumus memastikan keadaan ini dan bekalan air ke sekitar kawasan Kuala Langat kembali pulih.

“Kerajaan Negeri amat kesal di atas insiden yang berlaku dan menyeru semua pihak untuk memberikan kerjasama dalam usaha menangani isu ini secara bersepadu,” katanya.

Semalam, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menerima maklumat daripada Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) berkenaan peningkatan parameter Ammonia dalam Sungai Langat.

Sehubungan itu, LRA Bukit Tampoi mengurangkan jumlah pengepaman air mentah kepada 18 JLH daripada 37 JLH dan seterusnya menghentikan operasi loji pada jam 2 petang apabila bacaan Ammonia mencecah sehingga 4.2 ppm.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Operasi pam air kolam alternatif pastikan bekalan air selamat

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 4 MAC: Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memulakan operasi pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya dengan pengeluaran sehingga 700 juta liter sehari (JLH), sejak 2 Februari lalu.

Exco Pemodenan Pertanian, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, usaha itu antara kaedah Kerajaan Negeri dalam memastikan sumber air mentah selamat untuk digunakan orang ramai, selain tiada masalah catuan air sepanjang musim panas.

“Kerajaan Negeri memastikan air kolam dipam ke Sungai Selangor mematuhi piawaian air mentah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dirawat loji rawatan air (LRA).

empangan kini“Pensampelan kualiti air kolam ini dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan dianalisa Jabatan Kimia Malaysia (JKM),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Zaidy berkata, proses pemantauan kualiti air dijalankan tiga peringkat iaitu di kolam alternatif oleh Luas dan JKNS, pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk serta pemantauan air terawat selepas proses rawatan di LRA oleh operator loji juga JKNS.

Katanya, semua parameter mematuhi kualiti air mentah disyorkan di dalam Garis Panduan Kualiti Air Minum Kebangsaan Kementerian Kesihatan berdasarkan keputusan analisa pensampelan dibuat JKNS setakat ini.

Zaidy berkata, Kerajaan Negeri juga dimaklumkan bekalan air dari Sungai Semantan, Pahang yang disalurkan melalui terowong projek Langat 2 ke Empangan Langat sedia untuk dilepaskan pada bila-bila masa.

ZaidyKeadaan itu akan membantu Selangor dalam menangani sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

“Air dari Sungai Semantan sudah sedia untuk dilepaskan jika keadaan memerlukan dengan kapasiti awal 500 juta liter sehari (JLH).

“Kini, kita dapat 50 JLH air berpunca dari mata air terowong Langat 2 walaupun belum dilepaskan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Selangor bantu 139 penghuni Bukit Botak mohon pinjaman rumah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SELAYANG, 25 FEB: Seramai 139 penghuni asal di Taman Selayang Mutiara (Bukit Botak), dekat sini, dibantu membuat permohonan pinjaman di institusi kewangan terpilih bagi menyelesaikan urusan pembelian rumah di kawasan itu yang tertangguh hampir lima tahun.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan itu dikhususkan kepada penghuni yang tidak berkemampuan untuk membuat pinjaman bank disebabkan faktor usia selain berpendapatan rendah.

Katanya, bantuan bersifat istimewa itu dipersetujui berdasarkan hasil perbincangan antara Kerajaan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Maybank.

bukit botak rumah asri 01“Hasrat saya adalah supaya semua pihak yang ditawarkan rumah ini tidak mempunyai masalah mendapatkan pinjaman bank selepas kita adakan perbincangan bersama PKNS dan Maybank.

“Bantuan yang ditawarkan adalah istimewa kerana PKNS akan bertindak menjadi penjamin kepada pinjaman yang dibuat, cuma yang penting kita minta sangat supaya penduduk membayar ansuran seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

“Kalau tidak mampu bayar, PKNS akan ambil semula dan selesaikan hutang dengan pihak bank,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran dan Penyerahan Dokumen Tawaran Pinjaman Perumahan Taman Selayang Mutiara, di sini malam tadi.

Zaidy yang juga Adun Taman Templer berkata, proses permohonan pinjaman itu akan dilaksanakan secara berperingkat di Maybank Seksyen 14, Shah Alam, pada 17 dan 18 Mac ini.

Zaidy Abd TalibKatanya, program itu juga terbuka kepada penghuni yang sudah mendapat tawaran perumahan di Taman Selayang Mutiara, namun berdepan masalah tamat tempoh sah laku pembelian.

“Tidak ramai yang dapat bantuan pinjaman bagi memiliki rumah berkenaan sehingga Kerajaan Negeri berbincang dengan Maybank supaya 139 penghuni ini mendapat pinjaman 100 peratus daripada pihak bank.

“Saya akan pastikan mereka ini dibantu cuma peminjam kena bayar balik kerana kita tidak mahu isu arahan pindah keluar berlaku kelak,” katanya.

Sehingga kini, 971 pemilik sudah menerima kunci kediaman masing-masing, sementara 179 lagi masih menunggu proses pinjaman selesai sepenuhnya.

Penduduk yang akan menerima bantuan pinjaman terbabit perlu melunaskan kira-kira RM500 sebulan kepada pihak bank.

-NFN-

Exco: Selangor mahu pertingkat pengeluaran padi berasaskan kaedah organik

Kaedah penanaman padi lesteri menggunakan baja organik bermutu tinggi mampu mengurangkan risiko pelbagai penyakit, tegas Exco Zaidy Abdul Talib selepas menyerahkan bantuan baja organik bermutu kepada para petani di Sabak Bernam.

Categories
SELANGOR

Baja & racun sumbangan Kerajaan Negeri tingkat 2 tan hasil padi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 18 FEB: Penggunaan racun dan baja berasaskan pertanian lestari sumbangan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan pengeluaran hasil padi sehingga lebih dua tan.

Pengusaha sawah padi, Mohamad Rauf Mohamad Thani, 53, berkata peningkatan hasil diperoleh selepas bertukar menggunakan baja bebas bahan kimia itu seperti dicadangkan Jabatan Pertanian Selangor.

tani interview B“Peningkatan selepas menggunakan bahan ini menjadikan hasil padi saya lebih bagus berbanding dahulu.

“Hasil sebelum ini untuk tiga ekar bendang yang saya usahakan lebih kurang lima tan. Selepas gunakan baja dan racun ini, ada peningkatan lebih dua tan menjadikannya hampir lapan tan.

“Saya nasihatkan pesawah lain gunakan bantuan ini. Kita kena manfaatkannya dengan baik,” katanya.

Mohamad Rauf berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Pengurusan Sawah Padi Kerajaan Selangor kepada petani daerah Sabak Bernam di Balai Raya JKKK Parit 12 Timur, di sini, semalam.

taniinterview ASementara itu, Mohd Suhaimi Hassan, 46, juga mengakui akan cuba menggunakan baja organik bagi musim kali ini.

“Saya baru nak cuba selepas dapat maklumat penggunaan kaedah ini meningkatkan hasil. Jadi, saya belum tahu lagi apa hasilnya, cuba dahulu baru tahu. Rasanya, boleh bertambah seperti rakan yang pernah cuba,” katanya.

Sementara itu, Exco Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri memilih baja bersifat organik selepas meneliti testimoni yang terbukti memberikan hasil lebih baik.

“Bagaimanapun, kita masih memerlukan maklum balas pesawah selepas menggunakan kaedah ini untuk kajian sama ada terdapat peningkatan berbanding sebelumnya,” katanya.

tani 3Sebelum itu, 650 pengusaha sawah padi di Sabak Bernam menerima sumbangan racun dan baja organik yang disumbangkan Kerajaan Negeri dalam majlis berkenaan.

Sumbangan itu  bagi menggalakkan pengusaha sawah padi beralih kepada kaedah pertanian lestari yang tidak menggunakan bahan kimia.

-NFN-

Exco: Selangor lebih bersedia hadapi kemarau

Exco Zaidy Abdul Talib memaklumkan Selangor kini lebih bersedia hadapi musim kemarau melalui projek penyaluran air Sungai Semantan-Sungai Langat yang telah siap dan sedia sepenuhnya.

Categories
NASIONAL

Penjara tak patut abai permintaan Anwar ziarah Nik Aziz

Oleh: NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM, 13 FEB: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi kelonggaran menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib, berkata tidak adil apabila pihak berkuasa penjara Sungai Buloh enggan mempertimbangkan permohonan Anwar untuk menziarahi tokoh pemimpin yang dihormati, sekali gus rakan perjuangannya dalam Pakatan Rakyat (PR).

anwar nik aziz“Permintaan Datuk Seri Anwar itu memang wajar diberi pertimbangan kerana ingin menziarahi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz yang juga rakan seperjuangannya.

“Kita kesal dengan apa yang terjadi kerana beliau (Anwar) bukan individu yang merbahaya kepada negara sehingga tidak boleh diberikan kelonggaran untuk memberikan penghormatan terakhir itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Terdahulu, Peguam PKR, Latheefa Koya berkata, Anwar memohon pihak berkuasa penjara membenarkannya hadir ke majlis pengebumian Nik Aziz, namun pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh  tidak membenarkan permohonan itu.