Categories
SELANGOR

Pembatalan perjanjian air tak jejas tarif sedia ada

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 14 MAC: Pembatalan perjanjian induk pensturukturan semula industri air Selangor tidak akan memberikan kesan kepada tarif air di negeri itu buat masa ini.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, sebarang implikasi yang akan berlaku bergantung kepada perbincangan antara Kerajaan Negeri bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

empangan selangor sept 3“Untuk saat ini, tidak memberikan implikasi terhadap tarif air sebab sebarang kesan bergantung kepada perbincangan antara kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan khususnya SPAN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kedudukan tarif air selepas Kerajaan Negeri mengumumkan pembatalan perjanjian induk pensturukturan semula industri air minggu ini.

Jelasnya, beliau mengalu-alukan perbincangan semula Kerajaan Selangor bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha) bagi mencari solusi berhubung cadangan pengambilalihan tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dan dimasukkan sebagai aset dalam perjanjian konsesi air.

“Menteri sendiri akui ini bukan isu kukuh. Beliau sendiri akui selepas perjanjian ditulis, dipersetujui dan diterima semua baru ia difikirkan.

charles syabas“Itu jawapan yang diberikan di Parlimen dan saya sendiri dengar. Pengubahsuaian perjanjian ini tidak boleh diterima,” katanya kepada Selangor Kini.

Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana bercanggah daripada prinsip dan semangat perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri mempunyai RM14.9 billion aset air tanpa mengambilkira nilai tanah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.