Categories
SELANGOR

Projek perintis kitar semula dilancar tahun ini

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 MAC: Selangor bakal melancarkan projek perintis program kitar semula tahun ini yang juga program sulung di Malaysia, kata Exco Kerajaan Tempatan, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) kini dalam proses penelitian dan penyelarasan program berkenaan.

kitar semula2“Ini adalah kali pertama pelaksanaan program ini. Kita tiada pengalaman mengendalikan projek sebegini sama ada di peringkat pusat atau negeri.

“Kita akan memilih beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tempat khas sebagai percubaan,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina bersama ketua kampung baru dan bagan di Kelab Shah Alam, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Ean Yong berkata, program itu antara lain bertujuan mendidik masyarakat dalam pengasingan sampah domestik.

ean“Kita akan mengkaji bagaimana sikap penduduk dalam membuang jenis sampah. Pada peringkat awal ini, kita akan meminta penduduk pisahkan antara sampah basah dan kering.

“Apabila peringkat ini dilepasi, baru kita akan perhalusi lagi jenis sampah yang akan dibuang,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.