Categories
SELANGOR

APA KES? Isu Kampung Darul Mujahidin, penduduk perlu rujuk Adun

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 14 APR: Penduduk Kampung Darul Mujahidin, Teluk Panglima Garang diminta berbincang dengan Adun kawasan berkenaan berhubung isu perpindahan yang dibangkitkan.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Kim berkata, jalan penyelesaian pasti diperoleh untuk dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri.

“Perkara ini perlu dibawa kepada Adun kawasan untuk mencari penyelesaian. Saya rasa ada penyelesaiannya,” katanya kepada Selangor Kini.

penempatan warga asingPerpindahan penduduk di kampung itu menjadi isu apabila kawasan penempatan diduduki sejak 1985 bertukar status kepada industri, sejak awal 1990.

Penduduk mendakwa mereka pernah mengemukakan masalah sama kepada Adun Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, namun sehingga kini masih tiada penyelesaiaan.

Mengulas lanjut, Chang Kim berkata, jika didapati kawasan tidak lagi sesuai untuk zon industri maka ia boleh dipohon untuk dipinda semula.

“Namun, kalau kawasan terbabit masih diperlukan sebagai kawasan industri, perbincangan perlu diadakan berkenaan perpindahan penduduk,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.