Categories
SELANGOR

APA KES? Segerakan perpindahan penduduk Kampung Darul Mujahidin

Oleh: HAFIZAN TAIB

TELUK PANGLIMA GARANG, 14 APR: Penduduk Kampung Darul Mujahidin, di sini, meminta Kerajaan Negeri menyegerakan proses perpindahan mereka ke kawasan baharu apabila perkampungan itu bertukar status kepada industri sejak awal 1990.

Pengerusi Penaja Badan Bertindak Perpindahan Kampung Darul Mujahidin, Ahmad Hassan berkata, perkara itu memerlukan penyelesaian segera ekoran pelbagai masalah dihadapi penduduk dan keadaan sekeliling yang tidak membantu.

“Kini, banyak didirikan perindustrian di sekeliling kampung seperti kilang susu, plastik, jentera dan beberapa yang lain.

jarak tapak perumahan dan kilang“Keadaan ini meresahkan penduduk kerana menghadapi banyak masalah ekoran pencemaran dihasilkan kilang selain masalah sosial dan keselamatan,” katanya kepada Selangor Kini.

Ahmad berkata, beberapa permohonan sudah dibuat kepada Pejabat Tanah dan Daerah sejak 2009 dan pihaknya berharap ia dimuktamadkan segera selepas dijanjikan satu lokasi baharu berhampiran Taman Sijangkang Jaya, di sini.

Penduduk, Bahrin Sitam berkata, keprihatinan Kerajaan Negeri dalam perkara itu amat penting kerana penduduk akan menanggung masalah terutama kesan sampingan akibat hasil pemrosesan bahan kimia dan bau dari kilang berhampiran jika masalah itu tidak diselesaikan.

“Ia menjejaskan kesihatan penduduk terutama kanak-kanak selain timbul masalah sosial apabila warga asing mula menghuni kampung ini,” katanya.

kesan rekahanakibat lori kilang masuk ke kwasan berdekatanPembinaan kilang di sekeliling kampung itu turut memberi kesan kepada sekolah apabila pelajar berasa tidak selesa untuk mengikuti sesi persekolahan mereka.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Yusof berkata, kampung yang diduduki kira-kira 300 penghuni sejak 1985 itu perlu dibantu pihak berkuasa dengan segera.

“Saya sendiri tidak selesa dengan bau busuk dihasilkan kilang terdekat. Sampai bila kami perlu menanggung semua ini?

“Status tanah sudah bertukar. Harapan kami semoga Kerajaan Negeri segera menyelesaikannya,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.