Categories
NASIONAL

Azmin: POTA, Akta Hasutan hina nilai keadilan & kebebasan

Oleh LIZAWATI MADFA

KUALA LUMPUR 23 APR: Terlalu banyak undang-undang yang memberi kuasa mutlak kepada pihak eksekutif untuk menekan rakyat di negara ASEAN termasuk Malaysia.

Contoh terbaru, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, ialah pengenalan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan penggubalan Akta Hasutan di Malaysia.

“Undang-undang itu memberi kuasa besar kepada pihak di atas, lebih besar daripada sebelum ini.

“Mereka juga memperkenal hukuman mandatori minimum tiga tahun penjara atas pertuduhan tanpa peluang perbicaraan di mahkamah.

“Ini penghinaan kepada institusi kehakiman dan penghinaan berganda kepada masyarakat yang menjunjung tinggi nilai keadilan dan kebebasan,” katanya.

azminCDQcfx0UEAAQQfsBeliau berucap demikian pada  Majlis ASEAN People’s Forum (APF) di Wisma MCA di sini, hari ini.

Rang undang-undang POTA diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat 7 April lalu selepas dibahas hampir 14 jam.

Memetik perenggan tertentu penyataan organisasi mayarakat awam iaitu ‘Menuntut Semula Komuniti ASEAN untuk Rakyat’, Mohamed Azmin berkata:

“Ia menggesa pembatalan undang-undang yang menghadkan kebebasan bersuara, beragama dan membebaskan mereka yang ditahan atau dipenjara di bawah undang-undang berkenaan.

“Perkembangan (undang-undang di Malaysia) nyata bertentangan dengan aspirasi dan semangat itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.