Categories
SELANGOR

Bapa Allahyarham Awie ucap terima kasih keprihatinan Kerajaan Negeri

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 13 APR: Abdul Aziz Sufaat berterima kasih keprihatinan Kerajaan Selangor memberikan bantuan persekolahan dan perubatan keluarga Allahyarham anak beliau, Noor Azmawi Abdul Aziz.

Abdul Aziz berkata, beliau turut berterima kasih kepada semua kenalan Allahyarham yang datang melawat dan mengadakan solat hajat semasa Pengurus Kanan Perhubungan Pelabur di Invest Selangor Berhad itu terlantar di hospital.

MB Lawatrumah arwah Noor Azmawi Aziz di Sungai Ramal (9)“Terima kasih kepada Dato’ Menteri Besar atas jaminan membantu persekolahan dan perubatan cucu saya.

“Begitu juga kehadiran beliau, bekas Menteri Besar, bekas Datuk Bandar Shah Alam, YB Shafie Ngah, YB Teresa Kok dan rakan taulan Allahyarham yang datang ziarah, adakan solat hajat, mendoakan Allahyarham dan bantuan lain,” kata Abdul Aziz ketika menghubungi Selangor Kini, hari ini.

Allahyarham yang dikenali sebagai Awie, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 6 April lalu selepas menjalani pembedahan.

Beliau berumur 44 tahun, meninggalkan seorang isteri, dua putera dan dua puteri termasuk anak bongsu baru berusia dua bulan setengah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.