Categories
SELANGOR

Gangguan air di Kajang, lori tangki diarah bantu penduduk

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 21 APR: Lori tangki air segera disediakan di kawasan terjejas bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Langat.

Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi laman rasmi ‘Facebook’nya berkata beliau sudah menghubungi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk tindakan selanjutnya.

syabass“Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang menerima aduan bekalan air terputus di Sungai Chua.

“Pejabat Kak Wan sudah hubungi Syabas dan mereka janji akan hantar Lori tangki segera. Keperluan rakyat mesti jadi keutamaan kita,” katanya.

Menurut kenyataan Syabas pagi ini, gangguan bekalan disebabkan penutupan bekalan air dari Loji Rawatan Air LPA Cheras Batu 11 berikutan paras air sungai rendah di tahap kritikal.

Antara kawasan terjejas ialah Taman Perindustrian Cheras Jaya, Taman Seri Sungai Long, Taman Bukit Sungai Long, Taman Sinaran dan AEON Cheras Selatan.

Jangka masa pemulihan bekalan air bergantung kepada pengoperasian semula loji berkenaan.

Untuk maklumat lanjut info bekalan air, orang ramai boleh muat turun aplikasi mySYABAS di Google Playstore atau Appstore.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.