Categories
SELANGOR

Kartunis: Selangor terbuka & bebas pamer karya berbanding Persekutuan

Oleh: LIZWATI MADFA

PETALING JAYA, 26 APR: Penganjuran program seni kartun di Selangor dilihat lebih terbuka dan profesional tanpa sebarang sekatan kandungan.

Kartunis terkenal, Zunar berkata kebebasan dihidang Pakatan Rakyat tidak pernah dinikmati di peringkat Kerajaan Persekutuan.

kartun“Ini bukan kali pertama, sebelum ini pun pernah di Shah Alam, hasil saya dipamer tanpa ada sekatan atau ditapis kandungan.

“Kebiasaannya di tempat lain kita akan ditapis dahulu agar tidak menyentuh sesetengah isu apalagi politik,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau ditemui sewaktu program Dunia Kartun Selangor anjuran Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Kumpulan Kartun Indipenden (KKI).

Mengakui penerimaan awam terhadap kartun jenis satira politik, Zunar berharap Kerajaan Negeri dapat menyediakan lebih banyak platform untuk karya seumpamanya.

“Kami kumpulan kartunis terus bersama PR jalankan tanggungjawab kami untuk menyedarkan rakyat tentang isu-isu semasa negara.

“Matlamat utama buat masa ini hanya satu iaitu tumbangkan BN untuk kemajuan negara. Selagi BN ada Malaysia takkan maju,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.