Categories
SELANGOR

Kaunter hasil SS13 mudahkan urusan pembayaran cukai

Oleh: SYASYA SUFIAN

SUBANG JAYA, 21 APR: Pembukaan Pejabat Cawangan Hasil Daerah Petaling di Kompleks 3C MPSJ (Gate 3) SS13/3, di sini memudahkan pembayaran cukai apabila tidak perlu ke Seksyen U5 Shah Alam.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata kemudahan itu sediakan selepas menerima pelbagai aduan penduduk Petaling Jaya sukar melaksanakan urusan itu ekoran lokasinya yang jauh.

PC Hannah Yeoh Pejabat Tanah di Kompleks 3C PJS (5)Katanya, namun perkhidmatan disediakan terhad kepada bayaran hasil cukai semasa dan tertunggak, semakan bil hasil cukai dan pertukaran nama dan alamat.

“Digalakkan orang ramai membuat bayaran melalui online, kaunter ini juga bukan sahaja untuk penduduk Subang Jaya, tetapi boleh digunakan seluruh penduduk di Petaling Jaya,” katanya.

Hannah berkata, orang ramai diminta datang membuat semakan cukai tanpa perlu menunggu bil hasil cukai.

“Sebab terlalu banyak kes cukai tertunggak melibatkan tiga tahun cukai tidak dibayar dengan alasan bil tidak sampai.

“Diseru orang ramai mengambil inisiatif ini membuat semakan sendiri dengan kemudahan kaunter yang lebih dekat,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.