Categories
SELANGOR

KPN tak patut terlibat siasatan kes Taman Medan

SHAH ALAM 21 APR: Siasatan kes bantahan simbol agama di Taman Medan tidak patut melibatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata siasatan perlu diambil alih dan diketuai Timbalan KPN Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, dan melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

gereja taman medanKatanya, Khalid tidak layak mengetuai siasatan kerana protes  itu didakwa diketuai pemimpin Umno dengan salah seorang abangnya sendiri, Datuk Abdullah Abu Bakar.

“Kita mendesak KPN agar tidak membuat sebarang komen dan siasatan berkenaan kes itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kira-kira 50 orang berkumpul di luar gereja baharu di premis rumah kedai pada Ahad, menuntut lambang salib dibuang.

Tony berkata, tuntutan itu bercanggah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan apabila undang-undang tidak menyekat kebebasan mengamalkan agama hanya dibenarkan di tempat tertentu.

“Jika ‘keganasan’ merupakan ukuran sesuatu tindakan akta hasutan, kenapa hampir 150 orang ditahan dan dipanggil membantu siasatan di bawah Akta Hasutan walaupun tidak ada sebarang keganasan?

“Kartunis Zunar didakwa sembilan kali kerana menghasut tetapi tidak ada satu pun karyanya menyebabkan pertumpahan darah walau setitis pun sejak bertahun lalu,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.