Categories
NASIONAL

MB: Kenduri Lobster simbolik penentangan GST

 

Oleh: HAFIZAN TAIB

SEBERANG JAYA, 30 APR: Kenduri Lobster tanpa GST anjuran Pakatan Rakyat (PR) adalah simbolik penentangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilancarkan 1 April lalu.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata,rakyat boleh menzahirkan sokongan kepada PR dengan memenangkan calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, 7 Mei ini.

_MG_0347“Program hari ini satu simbolik untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat bagaimana makanan asas dikenakan cukai tetapi hidangan golongan kaya dan mewah dikecualikan cukai.

“Ia membuka banyak kefahaman kepada rakyat untuk membantu kita bagi menentang pelaksanaan GST ,” katanya.

Beliau yang juga Tombalan Presiden PKR berkata, pelaksanaan GST menyebabkan inflasi di Malaysia apabila harga barangan dan perkhidmatan meningkat naik.

“Ini menyebabkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana terkesan. Dengan itu, kita membawa isu ekonomi bagi memberi
kesedaran kepada pengundi Permatang Pauh,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.