Categories
SELANGOR

MB: Pembatalan Lebuhraya Kidex ambil pandangan rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 APRIL: Keputusan pembatalan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) dibuat selepas bersemuka dan berbincang dengan Ahli Parlimen, Adun-Adun dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta penduduk.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata Kerajaan Negeri tidak boleh memaksa rakyat untuk menerima pembangunan negeri sebaliknya perlu mendengar dan mencari inisiatif lain menggantikan KIDEX.

DNS-2015-small“Saya mendengar maklum balas daripada rakyat khususnya kawasan Petaling Jaya, saya juga mengambil pendekatan seperti dititahkan DYMM Sultan Selangor, Ahli Parlimen, Adun dan LLM.

“Kemudian pihak terbabit ingkar dengan syarat ditetapkan. Jadi di mana kesalahan saya?, sebagai ketua negeri, saya mesti bertanggungjawab terhadap ‘stakeholders’, melihat pandangan rakyat.

“Saya di sini disebabkan rakyat, jadi di mana yang kata saya khianati amanah rakyat?, saya bukan mewakili syarikat korporat, itu yang berlaku,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Beliau berkata Kerajaan Negeri memfokuskan pembangunan 60:40 untuk sistem pengangkutan awam.

“Batalkan KIDEX menjejaskan negeri? bagaimana kita mahu memaksa rakyat menerima pembangunan? kita perlu mendengar.

“Bukan soal mahu cari publisiti murah, tugas saya untuk berkongsi dengan rakyat dan berbincang denga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia (SPAD),” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.