Categories
SELANGOR

MBPJ: Tiada kompromi kerja pembersihan, tamat kontrak jika gagal

Oleh: AFEEQA AFEERA

PETALING JAYA, 24 APR: Kontraktor pembersihan bakal ditamatkan kontrak perkhidmatan jika gagal mematuhi peraturan disediakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata tindakan itu bagi memastikan imej MBPJ tidak tercalar dengan sikap sambil lewa kontraktor dalam menjalankan kerja pembersihan sisa pepejal.

Masalah SampahKatanya, kira-kira 80 peratus aduan diterima pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah berkaitan pengurusan sisa pepejal dan jalan raya berlubang.

“Kita tidak akan berkompromi dalam kes ini sebab bila mereka tidak angkat sampah, pihak Majlis akan dipersalahkan sedangkan itu tugas mereka.

“Kita sudah bayar jadi ia menjadi tanggungjawab mereka,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBPJ di ibu pejabatnya, di sini hari ini.

Mohd Azizi berkata pihak MBPJ memberi notis terlebih dahulu kepada kontraktor terlibat untuk membetulkan perkhidmatan mereka sekiranya mendapat aduan.

Bagaimanapun katanya, jika mereka masih gagal melaksanakan tugas mengikut jadual, maka MBPJ tidak teragak-agak menyingkirkan khidmat mereka.

“Jika kita tidak mengambil tindakan tegas ke atas kontraktor dilantik, masalah sama berulang dan kita tidak boleh terima,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.