Categories
SELANGOR

Pertahan kebebasan agama, elak kekecohan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 APR: Kebebasan beragama perlu dipertahan terutama membabitkan sentimen yang boleh menjejas toleransi antara kaum dan agama.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu menyentuh sentimen agama perlu ditangani mengikut perundangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

rakyat majmuk“Isu desakan menurunkan simbol agama di rumah ibadat bukan Islam perlu ditangani dengan bijaksana. Perlu dilihat adakah bercanggah atau tidak dengan peruntukan undang-undang kecil perbandaran.

“Jika ada kesalahan, maka ia adalah isu undang-undang. Jika tidak, asas kebebasan beragama perlu dipertahankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau bimbang jika semua pihak mempertikaikan simbol agama masing-masing hingga hilang sikap toleran dan hormat menghormati antara agama.

Mujahid“Dikhuatiri isu itu dieksploitasi kelompok sempit dan puak rasis bermatlamat merosakkan hubungan damai antara agama,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global GMM, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengecam tindakan itu melalui laman sosial Facebook.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh menyifatkan perbuatan mendesak gereja menurunkan salib bertentangan dengan didikan Islam.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.