Categories
SELANGOR

Pertahan kebebasan agama, elak kekecohan

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 APR: Kebebasan beragama perlu dipertahan terutama membabitkan sentimen yang boleh menjejas toleransi antara kaum dan agama.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, isu menyentuh sentimen agama perlu ditangani mengikut perundangan bagi mengelak sebarang kekecohan.

rakyat majmuk“Isu desakan menurunkan simbol agama di rumah ibadat bukan Islam perlu ditangani dengan bijaksana. Perlu dilihat adakah bercanggah atau tidak dengan peruntukan undang-undang kecil perbandaran.

“Jika ada kesalahan, maka ia adalah isu undang-undang. Jika tidak, asas kebebasan beragama perlu dipertahankan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau bimbang jika semua pihak mempertikaikan simbol agama masing-masing hingga hilang sikap toleran dan hormat menghormati antara agama.

Mujahid“Dikhuatiri isu itu dieksploitasi kelompok sempit dan puak rasis bermatlamat merosakkan hubungan damai antara agama,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global GMM, Datuk Saifuddin Abdullah turut mengecam tindakan itu melalui laman sosial Facebook.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Temerloh menyifatkan perbuatan mendesak gereja menurunkan salib bertentangan dengan didikan Islam.

-NFN-

Categories
SELANGOR

MB: Turunkan simbol agama lain ada elemen ekstrem

Oleh HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM 20 APR: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menyifatkan desakan menurunkan lambang salib pada sebuah gereja di Taman Medan, tidak wajar dan cenderung kepada elemen ektremis.

“Desakan supaya menurunkannya sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak menggambarkan rasa hormat kepada golongan itu.

“Jelas bahawa lambang salib adalah simbol untuk komuniti Kristian,” katanya ketika diminta mengulas bantahan segelintir umat Islam di Taman Medan, semalam selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan di sini, hari ini.

Menegaskan isu itu perlu penyelesaian baik dengan hak pengurusan gereja dihormati, beliau berkata elemen ekstremis tiada tempat di Selangor bagi mengelakkan ketegangan kaum.

“Kita akan memastikan perlindungan untuk semua tanpa meminggirkan golongan minoriti,” katanya.

Beliau juga berharap polis menjalankan penyiasatan profesional supaya mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan.

“Gereja sudah bersetuju untuk menurunkan salib itu. Semua pihak harus menghormatinya,” kata beliau.

– FZL –

Categories
SELANGOR

Bantah tanda salib bermotif politik, Umno cuba cetus provokasi

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 APR: Tindakan kira-kira 50 individu berhimpun membantah penggunaan tanda salib di sebuah gereja di Taman Medan bermotif politik bagi mencetuskan rasa tidak tenteram rakyat berbilang kaum dan agama.

Adun Taman Medan, Haniza Talha berkata, tindakan itu tidak wajar kerana memberi gambaran Islam agama ekstrem dan mengganggu kepercayaan agama lain.

“Salah seorang demonstran, Munaliza Hamzah adalah calon Umno-BN di N33 Taman Medan pada PRU-12 tetapi kalah.

haniza“Seorang lagi, Datuk Abdullah Abu Bakar yang mengaku dirinya sebagai ketua kampung jelas berbohong kerana tidak wujud kampung di Taman Medan. Beliau juga salah seorang Ketua Cawangan Umno PJS,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Katanya, kumpulan yang didakwa didalangi Umno itu wajar membuka pintu rundingan dan perbincangan bukan menunjukkan aksi provokasi serta suasana tidak harmoni.

“Diharap mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar yang cintakan kedamaian dan keamanan terhadap masyarakat bukan Islam. Tidak patut mereka mengeluarkan kata kesat dan kasar,” katanya.

20150418222642Haniza berkata, gereja itu disewa di kawasan kedai komersial yang kurang dihuni penduduk.

“Mereka sengaja mahu mengaibkan saya selaku Adun kawasan yang seakan tidak peka dan sensitif terhadap Islam,” katanya.

Katanya, pengajian dan kuliah agama di masjid dan surau sentiasa ada sejak 2008 berbanding sebelum itu.

“Penduduk Islam sangat gembira dan berpuas hati dengan perkembangan ini kerana sebelum itu sukar diadakan majlis ilmu ekoran dakwaan ustaz adalah daripada pembangkang,” katanya.

-NFN-