Categories
NASIONAL

PR sepakat sokong calon Permatang Pauh & Rompin

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 20 APR: Pakatan Rakyat (PR) mencapai kata sepakat menyokong calon ditampilkan gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, pada 5 dan 7 Mei ini.

“PKR dan PAS sudah membentangkan keputusan masing-masing kepada Majlis Setiausaha PR dan disepakati dalam mesyuarat.

rafizi 01“Majlis Setiausaha memberi komitmen seluruh jentera di Rompin dan Permatang Pauh akan bekerja kuat bagi memenangkan calon PR,” kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dalam sidang media, di sini, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Mustafa berkata, calon PAS bagi Rompin akan diumumkan malam ini, manakala Rafizi menjelaskan calon PKR untuk Permatang Pauh hanya akan diketahui pada 24 April ini sebelum penamaaan keesokannya.

mustafa ali“PR sepakat calon bagi dua parlimen ini akan ditandingi PAS dan PKR iaitu parti asal yang bertanding di situ.

“Kempen PR bagi pilihan raya ini membabitkan isu dominan dengan keadaan semasa iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Tun Dr Mahathir serta Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.