Categories
SELANGOR

Sediakan tapak baru peniaga sebelum roboh Pasar Awam Taman Ehsan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 APRIL: Sediakan tapak perniagaan baru untuk peniaga Melayu di Taman Ehsan sebelum bertindak merobohkannya, tegas Mohd Khairuddin Othman (PAS-Paya Jaras).

Beliau berkata, peniaga tidak menolak pembangunan tetapi pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) perlu bersikap adil dan bertanggungjawab.

DNS-2015-small“Mereka dihalau untuk pembangunan kontraktor besar dan semalam terima notis untuk kosongkan premis.

“MPS diminta teliti notis berkenaan kerana kita tidak setuju peniaga keluar sehingga ada tempat baru.

“Kalau perkara ini tidak selesai, saya sendiri akan berada di tempat itu ketika perobohan dilakukan,” katanya dalam sesi perbahasan pagi tadi.

Khairuddin berkata, terdapat 33 peniaga yang sekian lama berniaga di tempat yang didakwa sebagai satu-satunya medan makan Melayu di kawasan itu.

Pada masa sama, Khairuddin meluahkan rasa kecewa MPS gagal menghormati prinsip yang dicapai sebelum ini.

“Dahulu kita sebut tidak setuju roboh sebelum tempat baru disediakan tetapi notis akhirnya dikeluarkan.

“Jadi apa peranan kita. Adakah untuk digelak tawa atau pandangan diambil kira,” keluhnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.